Monday, December 1, 2008

Catatan 30 Nov 2008

Salam Semua,

Hari ni sesuatu yang cukup menggembirakan juga kerana setelah 16 tahun , akhirnya dapat berjumpa dengan couple yang cukup setia bersama iaitu Sabri (Kelate) dan Azlina (Lin).
Jumpa mereka jam 10.00 malam kerana saya ada majlis kenduri tahlil di tempat saya. Jemput mereka berdua di apartment adik mereka yang kira2 500 meter sahaja sahaja dari rumah saya.
Bawa mereka kenal rumah kecil saya pastu bawa mereka ke Oldtown White Coffee di Cyberjaya.
Dapatlah mereka merasa Nasi Lemak Special dan Lin entah apa laksa yang dia makan.
Kami di sana sampai pukul 1 pagi. Cuma seronok sangat sampai lupa nak ambil gambar dan bawa kamera. Sayang sekali.

Doa dari kami agar DOA2 mereka dimakbulkan oleh Allah S.W.T

Lain kali datang lagi dan jangan lupa call. Kawan2 lain kalau singgah di Puchong ke Putra Perdana ke, janganlah lupa untuk contact saya.
Amin.

No comments: